aKu SuKe YanG nIeW (2) -miftahul jannah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyanyang…
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

Firman Allah:
“ Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara…”
“ Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang mukmin, tundukkanlah pandangan dan peliharalah kemaluan mereka…”[surah an-Nurr:30]
“ Dan janganlah kamu menghampiri zina…”[surah al-Israa:32]

" Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a

Guru selalu mengingatkan
kita dilarang berkasihan
ketika masih di alam persekolahan…
~unic~

Ana harap, akhi dapat memahami ayat-ayat di atas. Syukran jazilan kerana ingin bertaaruf dengan ana. Tapi, bertaaruflah dengan Pencipta ana dan juga Pencipta anta dahulu.

"عن عبد الله بن عباس رضي الله عنه، قال النبي – صلى الله عليه وسلم:
"تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك في الشدة..."
‘Bertaaruflah dengan Allah di waktu kamu senang, nescaya Allah akan membantu kamu ketika kamu dalam kesusahan…’

Kejarlah dahulu cinta Allah & Rasul-Nya serta cita-cita anta, barulah kejar cinta makhluk-Nya...

Ukhwah itu indah, bila bertemu dan berpisah kerana Allah.

SEE YOU DI IPT ^_^

Ikhlas min ana:
~Yang Takutkan Allah~


= = = = = = = = = = = =

Fathee Imanee terpana dengan isi kandungan surat tersebut. Tulisan tangan berwarna ungu itu menyedarkan dia dari kelalaiannya selama ini. 

“Ya Allah, ighfir zunuubi…” lirihnya dalam hati sambil melipat surat tersebut lalu kembali ke Aspura dengan langkah longlai.

“Betul kata Jannah, aku kena kejar cinta Allah dan Rasul dulu. Thanks Jannah sebab sedarkan aku dari tipu daya Syaitan ini…” bisik Fathee Imanee dalam hati lantas menyedari kesilapannya yang hampir menjebakkan dirinya ke dalam lubang maksiat.

*******

No comments:

Post a Comment