aKu SuKe YanG nIeW (3) -fathee imanee-



# asif sebab lagu ni agak jiwang sikit. 

Aduhai puteriku sayang
Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri.

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

What the lesson we can get from this nasyid?

1- Wanita perlu berpakaian malu setiap masa
2- Malu adalah mahkota wanita
3- Wanita adalah pembantu dan tangan kiri kepada kaum Adam
4- Tiada siapa yang mampu merampas sifat ‘malu’ wanita melainkan dia yang memberikannya kepada orang lain.
5- Wanita yang terpelihara kehormatan, tempat yang selayaknya adalah syurga
6- Malu itu sebahagian daripada iman


= = = = = = = = = = =

Helaian kertas bercorak bunga ungu comel dan tazkirah itu disimpan kemas oleh Miftahul Jannah di dalam sebuah fail ungu yang memang dikhaskan olehnya sejak mendapat bahan ilmiah itu dari orang yang belum diketahui siapa empunya diri.

Ringan sahaja tangan Miftahul Jannah untuk menulis bait lagu di belakang helaian kertas tersebut.


Oh Tuhan, seandainya telah kau catatkan.
Dia milikku, tercipta untuk diriku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan.

Ya Allah,
Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engakau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaan-Mu

Ya Tuhanku
Yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepada-Mu
Kurniakanlah aku pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia dapat melayar bahgia
Ke muara cinta yang Engkau redhai…
Ya Allah
Ya Tuhan
Seandai dia milikku…satukanlah…

Ya Tuhanku
Yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hamba-Mu ini
Jangan Engkau biarkanku sendiri

Agarku bisa bahgia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahgia di dunia dan akhirat
Pada-Mu Tuhan ku mohon segala…


~29 Ogos*, 10.45pm, kat study room~

******


No comments:

Post a Comment