Subhanallah betul2 menarik perhatian ku ^^

Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa Allah perintahkan sebegitu, SIAPA KITA? Tetapi persoalkan kenapa TAK BUAT APA ALLAH SURUH !

Video ini bukan untuk memalukan mana-mana pihak tetapi sebagai satu peringatan untuk kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik. Bukan hanya kepada pelajar UIA tetapi kepada semua khususnya wanita muslim dan juga kepada lelaki muslim yang diberikan tanggungjawab memimpin wanita dibawah tanggungannya.

Allah Maha Tahu kebaikan, kesan dan hikmah segala apa yang dilarang dan perintah oleh-Nya. Allahu Ya Rahman Ya Rahim.

Sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?


dengan nama Allah yang maha pemurah lgi maha pengasihani

 SubhanAllah hnye itu sje yng dpt ku ucap kn...... btul2 menginsafi diri ini... btul2 merasai kelemahan diri yng brgitu bnyk skali... ya Allah bri kn lah hmba hidayah mu.. trima kasih kpada hmba Allah ini yng sdi brkongsi ilmu.. shingga ak menyedarinya.... smoga kita sama2 mndapat rahmat Allah amin ^^

2 comments:

  1. Alhamdulillah : )

    Kita sampai bila-bila pun berdosa, dan dengan rahmat Allah itulah dosa kita diampunkan.

    ReplyDelete