aKu SuKe YanG nIeW (4) -miftahul jannah


Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…

Semoga surat ini tidak mendatangkan fitnah bagiku dan juga bagimu.
Ana hanya ingin mengucapkan “Syukran katsiran” atas semua tazkirah yang amat-amat berguna kepada diri ana.
Ana harap anta juga akan mengamalkan apa yang telah anta berikan kepada ana.

Ketahuilah, di hari kiamat nanti, ada satu golongan yang mana akan dilempar dan digiling seperti himar menggiling gandum menggunakan batu penggiling sehingga hancur. Kemudian dia akan kembali seperti sediakala, lalu diseksa semula. Ketika itu, ahli Neraka melihatnya dan bertanya: “Ya Fulan, ma laka? Wahai lelaki, kenapa dengan kamu? Kenapa Allah menyiksa engkau begitu teruk sampai kami tidak sanggup melihat kau. Bukankah kamu ketika hidup dahulu mengajak kami membuat kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran?”

Lalu jawab lelaki tersebut: “Ya,dahulu aku menyuruh orang melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Tetapi hari ini aku disiksa begitu teruk kerana aku tidak melakukan apa yang aku suruh dan aku melakukan apa yang aku larang.”

Ana tahu, di sebalik diri anta, terselit semangat seorang da’ie. Penda’ie yang mencintakan ilmu dan agama-Nya, yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya. Tapi jadilah da’ie yang membuat apa yang diajaknya kepada orang lain, dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Jadilah seorang da’ie yang sentiasa dahagakan ilmu kemudian mengajarkan ilmu itu kepada orang lain kerana itulah sebaik-baik sedekah dan sebaik-baik manusia.

Sabda Nabi SAW:
‘Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari seseorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain’ (Riwayat Ibnu Majjah)

Sabda Nabi SAW:
‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling bermanfaat dan berguna kepada manusia lain.’

Ketahuilah wahai sahabat, ana sentiasa berdoa supaya kita sama-sama dapat menggapai redha Ilahi. Semoga dijauhkan dari panas api Neraka. Amiin.

Sekali lagi ana mengucapkan “syukran katsiran”.
Akhiran, selamat menempuh ujian. Semoga kejayaan milik kita bersama.
~See You Di IPT~


= = = = = = = = = = = = =

Selepas selesai membaca isi kandungan surat itu, Fathee Imanee melihat di helaian kedua surat itu. Mungkin nasyid itu ditujukan untuk dirinya.

“Ketika diri mencari sinar
Secabis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan, kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan…kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagian
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan

Titisan airmata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina…

Syukur sungguh di hati ini… Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekatinya… Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti cinta hakiki Yang Abadi
Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan
Bernama Teman.

# terima kasih ya akhi atas semua tazkirah yang diberikan. Semga Allah memberkati hidupmu. Ma’at taufiq wan najah fil imtihan mustaqbal.

~UKHWAH FILLAH~


= = = = = = = = = = = = =

No comments:

Post a Comment